Sayang dan Sakit kerana Janji

Setiap kali Fira berkongsi gambar ahli keluarganya. Mesti ramai yang akan kata, “Wah mesti semua sayang kau! Sebab kau seorang je bunga dalam family” . Tapi jauh di sudut hati Fira hanya Allah yang tahu.

Fira dibesarkan dengan penuh kasih sayang oleh kedua ibu bapanya. Dari kecil Fira dan adik beradik selalu sangat dipesan supaya bersikap adil. Fira tak pernah merungut kalau apa yang dihajati tak pernah dapat. Fira sabar, dan kadang2 menangis sendiri. Fira sering kali berpesan pada dirinya apa yang dia tak dapat sekarang pasti akan dia dapatkan 1 hari nanti sendiri. Jadi setiapkali apa yang Fira inginkan dia akan kumpul duit dan beli. Cuma 1 yang masih dia tak dapat iaitu impian satu2nya untuk ke luar negara. Dari zaman asasi, degree, master dan PhD susah untuk dia dapat peluang dan biasiswa ke sana. Walau berapa banyak usaha dia menghantar borang dan proposal bertahun2 tanpa bantuan dari ahli keluarganya. Sungguh Fira tak kesorangan. Kerana Allah sering membantu Fira dari zaman matrik, setiap kali pasti ada bantuan biasiswa yang Fira dapat. Tak pernah sedikit pun Fira membebani orang tua nya untuk duit yuran pengajiannya dan elaun makanannya. Fira suka hidup sendiri, sebab dia belajar berdikari.

Lain sangat kehidupan Fira berbanding adik2 nya. Adik2 nya sering dibantu abah nya dari kecil. Hala tuju kehidupan, bantuan pembelajaran, hadiah yang mahal2, sehingga berjalan ke merata tempat. Abah Fira ambil tahu setiap apa yang dilalui adik2nya. Jarang sekali Fira berkongsi tentang kehidupan dengan abahnya. Sebab Fira rasa jauh dengan abah. Baginya, dia taknak menyusahkan abah. Kalau boleh 1 sen Fira taknak susahkan abah dan emak. Sebab tu Fira suka bekerja cari duit. Tapi jauh di sudut hati Fira. Fira sering memendam rasa.

Dari kecil Fira sering menjadi bayangan seorang mak ciknya. Mak cik Fira tak disukai ahli keluarganya terutama abah. Abah merasa kan makcik Fira selalu dapat semua kebaikan dan kemewahan dari ahli keluarganya dan saudara maranya. Hanya atok yang sayang abah dan tak disukai oleh makcik Fira. Kehidupan abah dan emak Fira dibayangi dengan kesan akibat terasa hati kepada makcik Fira. Ianya terkena tempias kepada Fira. Entah kenapa. Salah siapa. Fira taktahu. Tetapi kesannya sangat2 mendalam. Sehingga pernah sekali terlintas dalam hati Fira. Andai kata ada sebuah kapal yang sedang ingin karam, dan hanya sorang yang perlu di pilih untuk dibuang kapal, pasti Fira lah orang yang akan dipilih untuk dibuang kapal. Sampai begitu perasaan Fira terhadap ahli keluarganya.

Hati Fira lembut. Sangat lembut. Sering kali apa yang dijanjikan kepadanya dia akan ingat. Tapi Fira selalu bersangka baik. Sebab dia tahu sampai bila dia harus sedih sedang kan dia kena teruskan hidup.

Pernah sekali Fira diminta Abah untuk beli sebuah kereta mewah. Sedang kan Fira berkeras taknak. Sunggu taknak kerana Fira hanya menggunakan lrt ke tempat kerja. Tapi abah fira bersungguh untuk Fira beli kereta tersebut. Fira terpaksa berikan slip gaji dengan janji abah akan langsaikan bila duitnya ada. Malang bagi Fira untuk ada pinjaman bank yang begitu besar dalam hidup nya pertama kali. Ianya lulus dan akhirnya Fira dapat memiliki sebuah kereta yang bukan impiannya untuk membeli kereta tersebut. Abah bayar hampir 80 % dan Fira hanya bayar 20%. Kebaikanya adalah untuk kegunaan Fira dan tiket bagi adik Fira mendapatkan kerja di Syarikat kereta tersebut. Fira tahu betapa pentingnya kerjaya adiknya buat abah. Fira sabar dan cuba untuk bersangka baik. Abah juga bantu adik2 nya untuk dapatkan rumah. Fira pujuk hati tak penting rumah buat dia sekarang.

Masa berganti masa, duit kereta masih dibayar bulan2. Fira termakan janji abah apabila abah kata ingin melangsaikan hutang kereta 100%. Fira pula akan bayar kepada abah bulan2 selepas tu. Tapi janji hanya tinggal janji. Abah gunakan duit yang ada untuk buka bisnes yang besar dan hantar adik lain keluar negara yang menjadi idaman Fira 1 masa dulu. Kemudian Abah memasang hajat untuk hantar adik yang lain keluar negara juga dan adik yang lain untuk bisnes akan datang. Entah mana silap Fira. Bila Abah tiba2 ada masalah kewangan. Abah perlu gunakan duit untuk hantar adik Fira keluar negara, dan buka bisnes baru. Abah terus minta Fira bayar lebih untuk kereta tersebut bulan2 yang mana Fira pernah fikir Fira memang tak mampu. Tapi akhirnya mimpi buruk jadi kenyataan. Mungkin memang silap Fira sebab guna kereta tu. Entah lah Fira bingung taktahu apa salahnya.

Duit simpanan Fira banyak habis untuk mula kan pengajian PhD Fira. Bila dapat offer PhD dan elaun dari Universiti swasta di sini, Fira melompat kegembiraan dan abah janji untuk raikan tapi tiada berita sehingga sekarang. Allah Maha baik bantu Fira sehingga ke harini. Tak ada siapa tahu masalah Fira kecuali suaminya. Fira rasa bersalah untuk belajar sekarang kerana duit makin banyak perlu digunakan. Tapi Fira teruskan kerana dia minat. Fira tak minta bantuan dari ahli keluarganya kerana dia tak mahu susahkan mereka. Dan kini Fira harus berfikir untuk melangsaikan hutangnya di Bank . Kemudian Fira perlu berfikir jika Abah ada duit nanti kemungkinan Abah akan gunakan untuk adik2 yang lain ke luar negara, jadi Fira harus terus berfikir bagaimana untuk masa panjang yang akan datang. Mungkin Fira buruk di mata ahli keluarganya, jahat di mata orang lain, tapi Fira taknak Allah pandang buruk buat Fira jugak. Moga kesabaran Fira menjadi satu asbab Allah terus melimpahkan rahmat dan keberkatan dalam kehidupan Fira.

Fira harap setiap apa yang berlaku dalam hidup dia tidak terjadi dengan orang lain.
Fira bersyukur yang dia dikurniakan suami dan anak yang sangat comel dan sihat. Hikmah dari Allah buat Fira. Fira janji tak akan lagi ada perkara sebegitu dalam keluarganya kelak. Sakit apabila memendam rasa yang sangat lama. Ia bagai luka yang sentiasa mengalir, dan hanya sabar pengubat kesakitannya.

Semoga kita tak akan lakukan perkara yang sama buat anak2 kita kelak. Raikan segala kebolehan mereka, berikan kebaikan yang sama rata terhadap mereka. Jangan jadi kan janji yang sia2 sebagai luka dalam kehidupan mereka. InshaAllah aamin

Leave a comment