my final yer project

Assalamulaikum

Akhirnya dapat juga update,setelah sekian lama biarkan blog ni.

lupa pula yang aku ada blog lagi satu ni kan. anyway, tak ada siapa kesah pun kan. sebab aku rasa tak ramai tahu kewujudan blog ni,ye dak? ye lahh 😛

Okeh,anyway,now nak cerita about my final year project. woot2. tak sangke aku dah pun hampir habis pengajian kat sini. rasa macam baru semalam je daftar masuk kan. tup2 dah nak grad dah. sekejap je masa berlalu. umur pun tak sedar juga makin bertambah. eh? lepas ni adelah macam2 adegan nak secretkan umur kan. ha~

okeh.actually dedulu masa zaman2 aku tak mengerti apa itu fyp or final year project,aku seryes taktahu nak pilih ape. masa first year,ramai juga yang dah ada cita2 dan minat tersendiri. tapi aku lain. in simple word senang cakap aku ni jenis tak kesah. kau bagi je aku ape,ngap juga semua kan. campak je aku kat mane,insyaAllah aku boleh survive. lebih kurang camtu lah.

years by years. aku mula realized. aku kene ada minat untuk teruskan buat projek research masa third year nanti. tapi still gak walaupun dah realized,aku tetap juga takdak passion tu. susah lah juga. siang malam aku fikir mende ni.

so initially aku try nak involve in immunology research. sebab aku rasa interesting lah immunology ni macam cerita khayalan yang hanya terdapat dalam setiap badan manusia je.haha~ okeh mesti kamu2 semua tak faham ke. tapi ya. memang best. sebab ianya macam satu jalan cerita kalau kita nak fahamkan.

then,ade orang lain pula cakap. eh korang,sekarang ni molecular ni dapat banyak perhatian tau. pergh molecular biology?itulah subjek yang paling aku gigit jari masa second yer dulu,apatah pula aku nak mengambilnya kan. its about the DNA,translate,transcrip and all sorts of things. bla2

next,pharmacology. dulu2 memang aku tak faham. setiap kali aku masuk kelas mesti aku cakap mendelah aku belajar ni. ubat2 ni buat pe nak taw. tapi starting from sem 1 third year,aku cam mula minatlah sket2.maybe sebab aku dah faham kan. laah dah third yer baru kau faham ke pharmaco ni. sadis betul

pahtu subjek lain macam microb,parasit,blood,virus n etc2 semua tu aku minat juga.tapi so so lah sebab ok microb kan. aku minat,tapi bila masuk lab,aku jadi blur. terus blank camtu je. sebab aku susah nak organize info2 yang aku dapat dalam microb2 tu dan classify microb tu jenis apa,tinggal mana,makan ape. sebab tu aku lembap sket kalau masuk lab. tiba2 je kene wat experiment,lagi lah,berpeluh2 buka buku balik

pahtu blood. haa. blood ni,aku cam kurang sket,sebab aku kene salu tgk microscope. aiseh man. microscope,memang aku suke,minat lah,sebab itulah alatan yang aku guna,sejak aku masuk sini,sampai lah nak 4 tahun,itujelah aktiviti dan mainan harian aku. tapi kann. aku tak tahu nape,macam kurang sket lah bab2 tu,walaupun aku minat penyakit2 darah,tapi. ntah sebab complicated sangat kot. korang cube lah belajar darah tu.korang ingat darah tu satu titik tu cam takde pape kan. kalau korang nak tahu satu sel darah tuh,berpuluh cerita lah.kalau boleh tak cukup satu buku tebal lah nak cerita tentang perihal darah ni. macam2

so,akhirnya…..
aku buat keputusan,aku ambil research in pharmacodynamic iaitu pharmacology,research tentang camne serai kayu iaitu sejenis ulam2 yang orang makan selalu tu,dan kaitannya dalam menjadi ubat untuk hypertension(tekanan darah tinggi) 🙂 walahh. pharmaco tuuu, aku pun cam takut2 je ni sebenarnya. sebab ni first time aku nak berkolabrasi dengan kak pHD yang genius. kak,maaflah kalau saya lambat sket. tapi ape2 pun saya try da best ye kak,untuk menjayakan research ni. saya pun teringin nak jadi cam akak ni.hee 🙂

semoga dipermudahkan segalanya. and by the way,alhamdulillah ,for 2 months nanti,aku akan ditempatkan di ukm bangi untuk research bioinformatic dengan supervisor yang sangat hebat dan genius juga. ha, yang ni pulak aku amik molecular. bagus minat mula2 immune,pahtu amik fyp pharmaco,then amik LI molecular. terbaikk.

so korang semua doakan aku tau. k lah banyak kerja ni. short update je. tataa 🙂