Minta Maaf

Assalamualaikum warahmatullah hiwabarakatuh, lama sangat tak datang sini..

Alhamdulillah ala kulli hall wafi kulli ni’mah. Allahu, masih lagi diberi kesempatan merasai nikmat sihat, dan rezki yang melimpah ruah. Alhamdullilah. syukur syukur syukur. 🙂

Harapnya yang lain pun sihat walafiat dan sentiasa dibawah rahmat dan barakah yang tak putus2 dari Allah.

baru perasan ada entry yang dulu2 guna “aku”. then “saya” balik. hehe. maaf banyak2 kadang2 ikut mood guna aku dan saya tu. ehe 😀

sebenarnya harini tak ada topik pun, just terdetik nak menulis perihal diri. Alhamdulillah, Subha na Allah banyak benda berlaku lately yang membuatkan saya terfikir sejenak. Korang perasan tak yang sebenarnya dalam kehidupan kita ni macam cerita. Satu perjalanan cerita di mana lagi cantik cerita tu berbanding dengan drama atau filem?

Kadang kadang masa saya berjalan seorang diri kat KL, saya suka berjalan sendiri sambil lihat orang ramai yang saya tak kenal. Kalau kita hayati betul betul setiap orang yang berjalan tepi kita, depan kita, semuanya ada kisah mereka tersendiri. Yang pada hakikatnya kita tak tahu kisah mereka realitinya dan mereka pun tak tahu kisah kita. Bagi saya saya rasa seronok sangat bila tahu dan terfikir yang Allah dah tetapkan kita punya cerita masing2 sangat cantik dan sangat unik.

Logiknya, saya nak korang fikir, Allah tetapkan kita punya cerita berbeza. Masing2 punya cerita yang dasarnya memerlukan tahap kekuatan dan ketahanan yang berbeza. Malah ujian dan nikmat yang Allah bagi kepada semua orang dalam bentuk yang berlainan. Masha Allah cantik kan? Semuanya bergantung kepada tahap keimanan dalam diri dan cara menhagadapi ujian dan nikmat tersebut. dan bukankah itu tanda Allah sayang kepada kita? betul tak?

Honestly, saya ada beberapa situasi yang saya tak suka tentang sesuatu tapi itu yang paling baik Allah bagi. Kadang2 Allah tak bagi pun. Saya cepat melenting masa dulu2. Allahu Akbar, sedih bila teringat balik. Dan kadang2 bila saya hadapi sekali lagi saya cuba untuk katakan kepada diri saya yang “Allah baik iqa, Allah sayang iqa, Allah nak uji iqa”. Saya pegang hati saya cakap Allahu “sabarlah hati, sabarlah sabarlah, Allah nak bagi lagi baik lepasni, kalau tak didunia, diakhirat nanti atiqah, percayalah”

Memang susah. bukan sesuatu perkara yang senang.Tapi saya rasa memang wajar untuk kita yakin dengan Allah. Yakin yang Allah dah tetapkan yang terbaik paling baik buat kita. Bukan ke kalau kita bersyukur Allah akan tambahkan lagi nikmat? betul tak? lagipun Allah yang Maha Mengetahui. Lagi banyak kita kenal Allah, lagi takut kita kepada Allah, lagi dalam cinta kita kepada Allah.

Dan bersabarlah. Sabar ialah perkara yang paling indah dalam diri. Sebab sabar sendiri memerlukan kekuatan dan ketahanan yang kadang2 mengambil masa bertahun tahun. Sehinggakan Allah bagitahu Allah ni bersama dengan orang2 yang sabar. Dekat sangat Allah dengan kita. Yang paling penting kena sabar dan redha dengan apa yang berlaku dengan diri. Redha sebab yakin yang Allah beri bersebab, dan tenangkan hati dengan zikrullah. Mudah mudahan hati jadi tenang. Jadi sabarlah sayang2 ku. Indah sangat kalau semua dapat faham dan sematkan dalam hati. Betul, cuba buat.:)

Lastly, secara jujurnya, saya nak admit yang saya banyak buat salah dengan orang lain. Kadang kadang saya takut sebenarnya, kalau salah dengan Allah, saya boleh minta maaf dengan cara solat, solat taubat. Tapi kalau dengan manusia macam mana pulak?

Saya takut dekat padang mahsyar nanti saya kena merangkak cari orang orang yang saya buat salah. Dah lah ramai orang bersesak2 lepas tu tak jumpa macam mana? lepastu Allah tunjuk semua kesalahan saya kat skrin besar. Allah Allah takut……..saya taknak jadi macamtu.

Setiap malam saya akan fikir dan berdoa kat Allah, tolonglah bagitahu macam mana saya nak minta maaf kat orang. Dan buka kan lah hati setiap orang untuk maafkan saya. Berilah petunjuk kepada saya supaya saya tahu siapa yang saya perlu minta maaf.

Saya mohon sangat untuk kawan kawan yang saya kenal dan tak kenal. Sama ada kalau saya ada buat salah, atau tersalah cakap, atau tersakitkan hati,atau apa-apa lah. Tolong tolong tolong tolong sangat maafkan saya. Tolongg pls sangat. siapa siapa yang terbaca ni. Saya nak sangat minta maaf depan depan. Halalkan makan minum saya. Hutang yang tak langsai atau ada terpinjam duit atau terpinjam barang yang saya terlupa nak bagi balik, pls bagitahu. saya mohon sangat2. pls 😦

Honestly, saya dah maafkan semua orang. saya nak sangat bersihkan hati. Saya nak sangat hati yang tenang. Allahu Akbar. Maafkan saya ya kawan kawan.

Saya sayang semua orang. Seriously.

Thank you sebab baca. tolong maafkan saya kawan kawan 😦

IKLAN

Assalamualaikum 🙂

IMG-20150215-WA0002

IMG-20150215-WA0003-1

fb-cover-game-changer-_-MALAYSIA-new

Youthace

Kalau tak clear boleh tanya saya ye. thanks 🙂