Allah Sebaik2 Perancang

IMG_20180925_161129_208Allah tu Baik. Allah tu Maha Tahu. Allah tu Maha Merancang.

  • Oktober 2017 – Bakal suami ditukarkan untuk bertugas di Kuching Sarawak
  • Disember 2017 – Walau pelbagai liku yang dialami, Alhamdulillah kami mengikat tali pertunangan.
  • Julai 2018- Rezeki Allah beri sebelum kahwin, saya memulakan kerja baru. Alhamdulillah dipermudahkan juga urusan untuk menetap di bilik sewa selama 1 tahun kontrak.
  • Ogos 2018- Walaupun berjauhan, Allah mudahkan urusan perkahwinan dan kami selamat diijabkabulkan pada 25/08/18.
  • Ogos 2019 – Setelah setahun berjauhan sebagai pasangan suami isteri, dengan beberapa siri flight kuching – Kota Kinabalu – Kuala Lumpur. Allah memakbulkan doa kami, encik suami bakal bekerja kembali di sisi isterinya. Kebetulan juga tamat kontrak rumah sewa. Sedang elok untuk duduk dan menetap bersama suami.

Setelah genap setahun berjauhan sebagai pasangan suami isteri. Allah beri hadiah yang sangat berharga buat kami. Dasyat perancangan Allah. Kalau nak ditanya masa awal perkahwinan dulu, tak pernah terlintas dalam fikiran suami akan datang sini bekerja. Tapi itulah Kuasa Allah.

Allah Maha Hebat kan. Allah baik sangat dengan hambanya. Setiap apa yang berlaku, Allah simpan beribu hikmah. Kesabaran kita ni lah pengukur tahap ujian yang Allah berikan. Maha suci Allah, Maka nikmat mana yang kau dustakan 😭

Leave a comment